LaraMag

collapse
Home / POLITIK / PRU15: Pas sasar menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen

PRU15: Pas sasar menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen

Nov 01, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
ARAU - Pas menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang. "Kita bekerja keras untuk menang 40 kerusi dan kalau boleh ingin menang lebih lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN) Arau di sini malam tadi. Beliau berkata parti itu yakin mampu mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen di tiga negeri yang ditadbir Pas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain mempunyai potensi untuk menang kerusi di Pahang dan Perlis. Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata gabungan itu telah selesai membuat pemilihan nama calon yang akan bertanding pada PRU15 dan pengumuman senarai calon akan dilakukan oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yasin. Pada PRU14, Pas menang 18 kerusi Parlimen. - BERNAMA  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.