LaraMag

collapse
Home / POLITIK / PRU15: DAP Perak 'kunci mulut' jumlah kerusi, bakal umum pada Konvensyen PH Khamis ini

PRU15: DAP Perak 'kunci mulut' jumlah kerusi, bakal umum pada Konvensyen PH Khamis ini

Oct 17, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - "Kita tunggu 20 Oktober. Kena tunggu ini tarikh, memang Feng Shui bagus," kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada terdapat pertambahan kerusi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Menurutnya, segala persoalan berhubung pembahagian kerusi akan terjawab pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) Khamis ini. "Konvensyen ini dijangka akan ada beberapa pengumuman penting antaranya calon Perdana Menteri PH, jumlah kerusi, lagu tema PRU15, maskot dan slogan PH. "Lebih 5,000 orang dijangka hadir pada konvensyen itu," katanya pada sidang media di Wisma DAP Perak, hari ini. Pada masa sama, Kor Ming juga berkata pada malam itu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan membuat pengumuman sama ada beliau akan bertanding di Perak. Sementara itu, dalam perkembangan lain Tabung Pilihan Raya DAP Perak turut dilancarkan pada hari ini. Kor Ming turut menyampaikan RM50,000 sumbangan peribadi kepada tabung itu. Di Perak, DAP mempunyai tujuh kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU14. #PerakKini #DAP #PakatanHarapan

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.