LaraMag

collapse
Home / POLITIK / PRU15: Ahmad Faizal alu-alukan Anwar bertanding di Tambun

PRU15: Ahmad Faizal alu-alukan Anwar bertanding di Tambun

Aug 20, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Penyandang kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengalu-alukan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka akan berlangsung dalam tempoh terdekat. Menurutnya, sebagai seorang pendokong demokrasi, Anwar Ibrahim layak untuk bertanding di mana-mana kerusi yang beliau pilih. "Saya bimbang kalau Anwar Ibrahim bertanding, mungkin peluang untuk Aziz Bari (Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari) bertanding kat situ agak sukarlah (dengan nada berseloroh). "Tetapi bagi diri saya, saya pendokong demokrasi dan beliau (Anwar Ibrahim) layak untuk bertanding di mana sahaja beliau pilih, saya alu-alukan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Rukun Negara @ Belia (RNB) di Aeon Mall Klebang, di sini, petang tadi. Hadir sama, Exco Belia, Sukan dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamad dan Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Mohd Haswandi Ahmad. Apabila ditanya sama ada niat Ahli Parlimen Port Dickson itu serius untuk merebut kerusi di Tambun, Ahmad Faizal berkata perkara itu sebenarnya tidak begitu penting. "Pada saya yang lebih penting hari ini kita bagi kerjasama rapat kepada usaha untuk menyelesaikan permasalahan rakyat. "Tentang siapa calon, akan ada masa yang kita akan bincang berkenaan itu, sekarang kita bincang tentang orang ramai, rakyat di PD (Port Dickson) dah kaya ke, dah cukup makan ke. ..itu yang perlu kita fikirkan termasuk di Tambun. "Saya pun tak nak kata I'm doing a good job in Tambun kerana banyak usaha yang perlu dibuat. "Usaha itu perlu selalu kita hebohkan dan janganlah bincang tentang Anwar Ibrahim dan Peja ini..we (ahli politik) come and go, rakyat yang perlu diutamakan," ujarnya. Beliau cuma berharap pengundi di Tambun akan terus kekal mengundinya jika beliau bertanding pada PRU nanti. "InsyaALLAH, akan bertanding di Tambun, selagi nyawa dikandung badan pilihan raya yang akan datang saya tidak lari (untuk bertanding)," ujarnya. Sebelum ini, Perak Kini melaporkan Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan cadangan untuk bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15. Cadangan tersebut telah diusulkan namun setakat ini belum ada keputusan muktamad. #PerakKini #Bersatu #Parlimen #Tambun #PRU15

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.