LaraMag

collapse
Home / POLITIK / PRU15: 8 calon muda taruhan DAP Perak

PRU15: 8 calon muda taruhan DAP Perak

Oct 29, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - DAP Perak mempertaruhkan lapan calon muda di bawah 40 tahun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata jumlah itu adalah 42 peratus daripada 19 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen mewakili parti berkenaan. Katanya, terdapat dua pertambahan kerusi iaitu satu di Parlimen Gerik dan DUN Changkat Jong. "Daripada senarai itu, lima calon wanita turut diumumkan pada malam ini," katanya pada sidang media selepas selesai mengumumkan calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) PH - DAP Perak di sini malam tadi. Menurutnya, lapan calon DUN dan empat calon Parlimen mengekalkan kerusi masing-masing pada PRU ini. Pengerusi DAP Perak masih kekal bertanding di Parlimen Teluk Intan dan beliau turut bertanding di kerusi DUN Kepayang bagi menggantikan penyandang terdahulu Dr Ko Chung Sen yang mengundurkan diri bagi menumpukan perhatian di atas kerjaya perubatannya. Manakala, penyandang DUN Astaka, Teoh Yee Chern turut  membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRU15 dan tempatnya digantikan oleh Jason Ng Thien Yeong. #PerakKini #DAP #Amanah #ChangkatJong #PRU15   SENARAI CALON PRU15 DAP PERAK PARLIMEN  P054 Gerik: Ahmad Tarmizi Mohd Jam P060 Taiping: Wong Kah Woh P064 Ipoh Timor: Lee Chuan How P065 Ipoh Barat: M Kulasegaran P066 Batu Gajah: V Sivakumar P068 Beruas: Datuk Ngeh Koo Ham P070 Kampar: Chong Zhemin P076 Teluk Intan: Nga Kor Ming Dewan Undangan Negeri (DUN)  N17 Pokok Assam: Ong Seng Guan N18 Aulong: Teh Kok Lim N22Jalong: Loh Sze Yee N25 Canning: Jenny Choy Tsi Jen N26 Tebing Tinggi: Dr Abdul Aziz Bari N27 Pasir Pinji: Goh See Hua N28 Bercham: Ong Boon Piow N29 Kepayang: Nga Kor Ming N30 Buntong: M Thulsi Thivani N31 Jelapang: Cheah Pou Hian N32 Menglembu: Chaw Kam Foon N33 Tronoh: Tiw Tee Siang N37 Pantai Remis: Wong May Ing N38 Astaka: Jason Ng Thien Yeong N41 Malim Nawar: V Bavani N42 Keranji: Koo Haai Yen N55 Pasir Bedamar: Woo Kah Leong N56 Changkat Jong: Badrul Hisham Badarudin N57 Sungkai: A Sivanesan    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.