LaraMag

collapse
Home / UMUM / Projek tebatan banjir fasa 2 bernilai RM80 juta Teluk Intan bakal dilaksanakan menerusi tender terbuka Mei ini - Kor Ming

Projek tebatan banjir fasa 2 bernilai RM80 juta Teluk Intan bakal dilaksanakan menerusi tender terbuka Mei ini - Kor Ming

Feb 19, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Masalah banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Teluk Intan dijangka selesai apabila Projek Tebatan Banjir Fasa II bernilai RM80 juta bakal dilaksanakan menerusi tender terbuka menjelang Mei ini. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memaklumkan perkara tersebut melalui ciapan di akaun Twitternya semalam. Menurutnya, beliau sendiri akan memantau projek tersebut bagi memastikan masalah banjir dapat diatasi di Parlimen Teluk Intan. "Berita baik untuk warga parlimen Teluk Intan. Projek tebatan banjir Fasa II bernilai RM80 juta bakal dilaksanakan menerusi tender terbuka menjelang bulan Mei, 2023. "Saya akan memantau sendiri untuk memastikan projek ini dapat mencegah musibah banjir dan menjadi kebanggaan rakyat Teluk Intan," ujarnya. Sebelum pada Jun 2019, Kor Ming yang pada ketika Ahli Parlimen Teluk Intan dalam satu sidang media mengumumkan projek tebatan banjir sepanjang 5.5 kilometer dengan kos RM80 juta akan dilaksanakan bagi memastikan masalah banjir di dalam Parlimen tersebut dapat diatasi. Dikenali sebagai Projek Tebatan Banjir Fasa Kedua, ia bukan sahaja berfungsi sebagai tebatan banjir malah apabila siap, ia akan dijadikan sebagai taman rekreasi. Ia sepatutnya menjadi taman rekreasi Water Front di atas tebatan banjir terbesar di negara ini di sini selain bertujuan menarik kedatangan pelancong. #PerakKini #TelukIntan #projek #tebatan #banjir #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.