LaraMag

collapse
Home / UMUM / PRIME SASAR BANTU ASNAF, IBU TUNGGAL DAN PELAJAR

PRIME SASAR BANTU ASNAF, IBU TUNGGAL DAN PELAJAR

Nov 10, 2020  Admin Perak Kini  1,416 views
BAGAN SERAI- Persatuan Prihatin Muslim Perak (PRIME) mensasarkan untuk membantu golongan yang memerlukan di seluruh daerah di negeri ini termasuk pelajar. Presidennya, Suhaida Mohd Hashim, berkata PRIME yang baru ditubuhkan pada tahun ini telah menyantuni lebih 100 penerima di empat daerah termasuk Kerian membabitkan asnaf, ibu tunggal dan pelajar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurutnya misi utama mereka adalah menjelajah seluruh daerah dan membantu golongan-golongan memerlukan yang mungkin terkesan dengan PKP. " Bentuk bantuan yang kami berikan bukanlah hanya berbentuk pek makanan atau wang tunai sebaliknya pelbagai. " Contohnya jika seseorang asnaf atau atau penerima bantuan itu berkemahiran untuk meniaga makanan namun tidak mampu untuk membeli peralatan dan PRIME akan berusaha mencari penaja untuk membantu melaksanakan hasratnya. " Disini PRIME berfungsi seperti 'batu loncatan' kepada mereka ini untuk merealisasikan impian mereka, "katanya ditemui wartawan di Masjid An Nur, Gunong Semanggol, disini, hari ini. Dalam program yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol, Razman Zakaria, seramai 15 penerima dari kalangan ibu tunggal dan asnaf menerima bantuan berbentuk pek makanan dan sedikit wang tunai. Razman yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, amat menggalakkan lebih ramai lagi ngo akan tampil bersama-sama pemimpin setempat atau kerajaan dalam membantu kepada rakyat.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.