Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Suasana di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II atau Masjid Negeri Perak kelihatan meriah dengan kehadiran orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan nasi beriani percuma pada hari ini.
Program pengagihan nasi bungkus itu bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk di sekitar Ipoh, bahkan sudah memasuki tahun keenam dilaksanakan pada setiap bulan Ramadan.
Inisiatif Persatuan India Muslim (PRIM) Perak bersama Masjid Negeri Perak ini mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak yang turut menyumbang bagi menjayakan aktiviti tahunan itu.
Pengerusi PRIM Perak, Mohamed Arib Aliah berkata pada tahun ini sebanyak 4,000 bungkus nasi beriani bersama lauk ayam masak merah dan dalca diedarkan kepada orang ramai.
[caption id="attachment_1812" align="aligncenter" width="300"]
Pengerusi PRIM Perak, Mohamed Arib Aliah mengedarkan nasi beriani percuma kepada orang ramai di perkarangan Masjid Negeri Perak, pada Rabu.[/caption]
[caption id="attachment_1813" align="aligncenter" width="300"]

[caption id="attachment_1814" align="aligncenter" width="300"]
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan nasi beriani percuma yang diedarkan PRIM Perak di perkarangan Masjid Negeri Perak, pada Rabu.[/caption]
[caption id="attachment_1815" align="aligncenter" width="300"]
Pengerusi PRIM Perak, Mohamed Arib Aliah[/caption]
Menurutnya, pihaknya mendapat bantuan dua restoran terkemuka di Ipoh untuk memasak makanan itu dan prosesnya berjalan dengan lancar.
"Segala-galanya berjalan dengan lancar, bermula dari proses memasak sehingga ke peringkat pengedaran nasi bungkus kepada orang ramai.
"Bagaimanapun, kita mengedarkan nasi bungkus seawal jam 3 petang kerana bimbang jika hujan lebat berlaku seperti tahun lalu.
"Seramai 20 orang terbabit yang terdiri daripada ahli PRIM Perak dan ahli jawatankuasa masjid yang membantu dalam proses pengagihan nasi bungkus pada hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada program pemberian nasi beriani secara percuma di perkarangan Masjid Negeri Perak di sini, pada petang tadi.
Mohamed Arib berkata aktiviti tahunan ini akan diteruskan dan berharap terus mendapat sokongan semua pihak supaya jumlah nasi bungkus dapat bertambah kepada 5,000 pek pada tahun hadapan.
#PerakKini #nasiberiani #percuma