LaraMag

collapse
Home / UMUM / PPAP jadi platform selesai masalah pemandu lori, pembekal dan sub kontraktor perniagaan ais di Perak

PPAP jadi platform selesai masalah pemandu lori, pembekal dan sub kontraktor perniagaan ais di Perak

Jul 17, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Persatuan Pembekal Ais Perak (PPAP) yang ditubuhkan susulan perjumpaan pemandu lori, pembekal dan sub kontraktor perniagaan ais pada bulan lalu menjadi platform bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit khususnya antara mereka dan pengilang. Pengerusinya, Ahmad Faizul Mohammad berkata persatuan ini baru ditubuhkan dan mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kira-kira dua minggu lalu. Menurutnya, melalui persatuan ini sekurang-kurangnya kebajikan ahli-ahli yang berdaftar akan terbela. "Perkara pertama yang akan dilaksanakan adalah dengan mengeluarkan satu surat untuk bertemu pengilang ais di Perak bagi memaklumkan mengenai penubuhan persatuan ini. [caption id="attachment_2435" align="aligncenter" width="300"] Pengerusi PPAP, Ahmad Faizul Mohammad.[/caption] "Masalah utama yang kami alami sekarang adalah kebanyakan kilang sudah menaikkan harga ais. "Jadi, kami akan mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah itu dengan cuba mendapatkan satu kadar rata untuk semua. "Pada masa sama, persatuan ini akan menjadi platform untuk menyelesaikan segala aduan dan masalah yang dikemukakan pemandu lori, pembekal dan sub kontraktorĀ  melalui meja rundingan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli PPAP di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, malam tadi. [caption id="attachment_2436" align="aligncenter" width="300"] Mazlan ketika berucap pada perjumpaan yang diadakan bersama ahli-ahli PPAP di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun malam tadi.[/caption] Sementara itu, Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman berharap persatuan yang ditubuhkan ini dapat bergerak secara konsisten dan mengekalkan matlamat mereka iaitu menjaga kebajikan ahli-ahli berdaftar. "Segala perkara perlu dilaksanakan melalui perbincangan di dalam persatuan dan bukannya bergerak secara bersendirian. "Penubuhan persatuan ini juga secara tidak langsung dapat membantu ahli-ahlinya dalam meningkatkan ekonomi mereka. "Justeru, saya menasihatkan ahli-ahli supaya terusĀ  istiqomah dan bersatu hati bagi memastikan segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cara baik," katanya yang juga Penasihat kepada persatuan berkenaan. #PerakKini #persatuan #ais #pembekal #subkontraktor #pengilang #Perak

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.