LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Polis rayu maklumat video tular anggota peronda didakwa ambil rasuah

Polis rayu maklumat video tular anggota peronda didakwa ambil rasuah

Jul 22, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berkenaan satu klip video tular di aplikasi TikTok yang membabitkan sebuah kereta peronda polis (MPV) disyaki mengambil suapan berhampiran sebuah stesen minyak. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, menghala ke pusat bandar berhampiran pintu gerbang sempadan Kuala Lumpur-Selangor. "Polis menyeru pemilik akaun TikTok mahupun orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian serta nombor pendaftaran kereta peronda polis berkenaan untuk tampil ke hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini. Semalam tular satu klip video pendek berdurasi 31 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, stickerpro_my menunjukkan sebuah MPV polis disyaki telah mengambil suapan berhampiran stesen minyak Shell. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. - BERNAMA  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.