Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Polis Perak berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api termasuk sebuah lori bernilai RM400,000 dalam satu operasi khas yang dijalankan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sebuah rumah kedai di Tanjung Rambutan, di sini kelmarin.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata dua lelaki warga tempatan berusia 29 dan 30 tahun turut ditahan dalam serbuan jam 5.30 petang itu.
"Menurutnya, pihaknya bertindak melakukan serbuan selepas mendapat maklumat berhubung rumah kedai itu yang dijadikan tempat simpanan mercun dan bunga api tanpa permit.
Hasil daripada operasi yang dijalankan polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 29 dan 30 tahun bersama rampasan sebuah lori dan 715 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api dengan nilai anggaran RM400,000.
"Siasatan awal mendapati kesemua mercun dan bunga api yang dirampas disimpan tanpa permit di dalam rumah kedai tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
"Kedua-dua lelaki terbabit telah ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga 3 Oktober untuk siasatan lanjut," jelasnya.
#PerakKini #PDRM #rampas #bungaapi #mercun #I
poh
poh