IPOH– Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM Perak telah melupuskan eksibit dadah yang dianggarkan bernilai RM 1,042,772.00 melibatkan hasil rampasan daripada 3,153 kes bagi tempoh 1999 hingga 2020 yang dirasmikan oleh YDH DCP Datuk Goh Boon Keng, Timbalan Ketua Polis Perak, pada hari ini.
Pelupusan ini telah membabitkan dadah jenis Heroin, Ganja, Syabu, Ketamin, Esctacy/Yaba, Pil Khayal, Eramin, Daun Ketum, Cecair Ketum, Ubat Batuk, Monoacetylmorphine, Heroin Monoacetylmorphine dan Lain-lain dadah yang melibatkan kertas siasatan yang selesai dan memndapat arahan mahkamah bagi melupuskannya.
Kesemua barang kes tersebut dilupuskan di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.
Hadir sama, YDH ACP Lee King Chuan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Perak, YDH ACP Amran bin Ab Rashid, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Perak, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Rakan Media.
Dari fb: Polis Perak
#pdrmperak
#jsjnperak