LaraMag

collapse
Home / UMUM / Polis kesan remaja lelaki 15 tahun hilang lebih dua minggu

Polis kesan remaja lelaki 15 tahun hilang lebih dua minggu

Aug 16, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH –  Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berbangsa Cina berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang lebih dua minggu lalu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata remaja dikenali sebagai Pang Sin Siang itu hilang pada 30 Julai dan beralamat terakhir di Taman Desa Kebudayaan, Ipoh. Menurutnya, fizikal remaja tersebut berbadan gempal dan berkulit cerah. "Keluarga kepada remaja terbabit kemudiannya membuat laporan pada 31 Julai. "Hebahan orang hilang telah dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi mengesan remaja itu. "Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-731 2477 atau menghubungi IPD Ipoh di talian 05-245 1500,” ujarnya. #PerakKini #PDRM #IPDIpoh #oranghilang #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.