LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Polis giat kesan lelaki ketuk pintu kereta guna topi keledar

Polis giat kesan lelaki ketuk pintu kereta guna topi keledar

Jul 25, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Polis kini giat mengesan seorang lelaki yang bertindak mengetuk pintu sebuah kereta menggunakan topi keledar dalam kejadian di Jalan Pokok Assam Tambahan, yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki semalam. Menurutnya, insiden itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara seorang lelaki yang menunggang motosikal dan pemandu kereta berpunca daripada kesalahan lalu lintas. "Dalam kejadian itu penunggang motosikal terbabit secara tiba-tiba mengetuk kereta mangsa dengan menggunakan topi keledar sambil memarahi mangsa hingga menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu kereta,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Razlam turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan. Terdahulu, tular video kejadian itu yang berdurasi 42 di media sosial. #PerakKini #PDRM #Taiping #video #tular #RBZ    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.