LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Polis giat jejak dua lelaki lepas tembakan depan rumah

Polis giat jejak dua lelaki lepas tembakan depan rumah

Oct 01, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Polis Perak sedang giat menjejaki individu yang bertindak melepaskan tembakan ke sebuah rumah di kawasan perumahan dekat Sitiawan, pada Jumaat. Menurutnya, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah pemilik rumah yang tinggal bersama isteri dan dua orang anak. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung mendapat panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan insiden itu berlaku di hadapan rumah rakannya lebih kurang jam 1.07 petang. "Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah pemilik rumah yang tinggal bersama isteri dan dua orang anak. “Lelaki itu memaklumkan bahawa isterinya telah terdengar bunyi letupan di luar rumah pada pagi berkenaan, namun tidak mengendahkan perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Yusri berkata  pengadu telah keluar daripada rumahnya untuk mengambil barang pada jam lebih kurang 12.45 tengah hari. "Ketika pengadu keluar dia menyedari terdapat kerosakan pada cermin belakang kereta mangsa serta menemui kelongsong peluru di bawah kenderaan terbabit. "Melalui hasil pemeriksaan yang dijalankan sepasukan anggota daripada Bahagian Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di lokasi kejadian, mereka menemui kesan lubang pada bahagian cermin belakang kereta mangsa, dipercayai akibat tembakan. "Kita turut menjumpai satu kelongsong di tempat kejadian, di samping kepala peluru di belakang bonet kereta berkenaan. "Susulan penemuan itu, kita menjalankan pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran dan mendapati dua suspek lelaki tidak dikenali menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran. “Suspek bertindak melepaskan satu das tembakan dan terkena kenderaan mangsa dan kemudiannya cuba untuk  melepaskan tembakan ke arah hadapan rumah. "Bagaimanapun, suspek gagal berbuat demikian kerana namun dipercayai pistolnya tidak berfungsi dan segera melarikan diri," katanya. Mohd Yusri memaklumkan bahawa motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. "Sehubungan itu, kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Manjung, Asisten Superintendan Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 atau balai polis berhampiran, untuk membantu siasatan," ujarnya. #PerakKini #tembak #Sitiawan

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.