LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Polis cari individu tular baring atas jalan

Polis cari individu tular baring atas jalan

Jul 22, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Polis sedang mengesan seorang individu yang bertindak melakukan aksi berbahaya dengan membaringkan dirinya di atas jalan sambil memegang topi keledar dipercayai berlaku di Jalan Kuala Kangsar di sini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan video tersebut yang dimuat naik di akaun Twitter @anthraxxx781 pada jam 4.30 petang pada Sabtu. Menurutnya, satu laporan polis dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 283 Kanun Keseksaan. "Melalui maklumat yang diterima, kejadian itu dipercayai dirakam di Jalan Kuala Kangsar berdekatan stesen minyak Petronas Gunung Lang. "Bagaimanapun, setakat ini tarikh dan masa kejadian belum dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan media malam ini. Belkau berkata polis meminta orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-250 0019. Terdahulu, video berdurasi 41 saat memaparkan aksi bahaya seorang individu berbaring di atas jalan tular di media sosial. #PerakKini #PDRM #tular #baring #atas #jalan #RBZ          

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.