LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Polis buru suspek kes samun butik kecantikan dan kosmetik di Batu Gajah

Polis buru suspek kes samun butik kecantikan dan kosmetik di Batu Gajah

Aug 10, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari

BATU GAJAH - Polis giat mengesan seorang suspek terlibat kes samun sebuah butik kecantikan dan kosmetik di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata dalam kejadian jam 3.30 petang itu, suspek terbabit melarikan wang tunai dan barangan kemas milik penjaga premis dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM7,000. "Semasa kejadian, suspek memakai baju lengan panjang warna kelabu, berseluar panjang warna hitam, bertopi keledar warna hitam dengan visor gelap dan berkasut putih. "Pihak polis sedang berusaha mengesan suspek bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nurhidayah Omar di talian 013-397 6564 atau Bilik Gerakan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-365 4322/05-362 9050 bagi membantu siasatan. #PerakKini #PDRM #samun #BatuGajah #RBZ      

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.