Oleh Rosdalilah Zahari
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik lima individu yang menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau sebagai Menteri Kewangan.
Menurutnya, badan penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.
Katanya, selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas ini akan dianggotai oleh:
1) Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato' Ahmad Fuad Md Ali
2) Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng
3) Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato' Profesor Ulung Rajah Rasiah
4) Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi
Anwar turut memaklumkan bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media malam tadi.
#PerakKini #PenasihatKhas #PMX #tiadabayaran #KerajaanPerpaduan #RBZ