LaraMag

collapse
Home / UMUM / PM jalani pemeriksaan kesihatan di IJN pagi tadi

PM jalani pemeriksaan kesihatan di IJN pagi tadi

Feb 05, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pagi tadi. Beliau memaklumkan perkara itu melalui kenyataan ringkas di laman media sosialnya hari ini. Walaupun cuti umum dan cuti hujung minggu, Anwar terus menyambung urusan kerja sejurus selepas selesai pemeriksaan kesihatan tersebut. “Pagi tadi jalani pemeriksaan kesihatan di IJN. Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf,” kata Anwar dalam kenyataan ringkas di laman media sosialnya pada Ahad. Ahli Parlimen Tambun itu turut berkongsi foto yang menunjukkan beliau sedang berbincang bersama Penasihat Kanan Ekonomi Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar serta Setiausaha Politik Kanan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohamad Akin. Terdahulu media melaporkan Anwar tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves. #PerakKini #PMX #IJN #Thaipusam

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.