Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - "Saya berasa saya perlu bekerja lebih kuat lagilah, sebab orang yang hendak bertanding dengan saya ini bukan calang-calang orang, yang saya kira tahap boleh jadi Perdana Menteri," ujar Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media pada 25 September lalu berhubung kenyataan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang secara terbuka mengumumkan akan bertanding menentang Ahli Parlimen Tambun itul pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Berikutan itu, beliau menegaskan akan bekerja lebih kuat bagi memastikan supaya terpilih sekali lagi untuk bertanding di Parlimen Tambun.
"Apa yang penting sekarang, saya tengah ada umur dan tengah ada tanggungjawab dan tengah ada jawatan buat kerja.
"Jadi, harapan saya pada masa akan datang, saya boleh terus menabur bakti," katanya pada sidang media selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga susah di Manjoi di sini, pada Ahad.
[caption id="attachment_1120" align="aligncenter" width="300"]
Peja ketika menziarahi dan memberi bantuan kepada keluraga kurang kemampuan di Manjoi, dekat sini[/caption]
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata akan terus berusaha melaksanakan kerja sebaik mungkin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
"Banyak lagi masalah dan pembangunan yang perlu dibuat di sana (Chenderiang).
"Bagaimanapun, jika ada orang bertanya bertanya sama ada di Tambun atau Chenderiang, yang pentingnya adalah kita perlu memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) yang sedia ada sekarang," ujarnya.