LaraMag

collapse
Home / UMUM / PERAK SASAR 1000 USAHAWAN AGROTANI

PERAK SASAR 1000 USAHAWAN AGROTANI

Jun 30, 2020  Admin Perak Kini  2,104 views
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan melalui Perbadanan Pembangunan Negeri Perak(PPNP) mensasarkan melahirkan 1000 usahawan agrotani melalui Projek Pemacu Agrotani Perak dan Skim Usahawan Agroprihatin dalam usaha memulihkan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Diantara Projek Agrotani yang disediakan:- 1. Green Perak Urban Farming - pembangunan urban farming secara fertigasi bagi Kawasan 700 ekar bagi seluruh Negeri Perak dengan sasaran 140 usahawan 2. Skim Usahawan Pertanian Perak Agriculture Integrated Valley (PAIV) – di Lenggong seluas 600 ekar untuk manfaat 200 peserta ladang kontrak bagi tanaman kontan 3. Skim Projek Rintis Ladang Usahawan Graduan Senggang - seluas 1000 ekar di Kuala Kangsar khusus buat graduan menganggur seramai 200 orang 4. Projek Pemacu Agrotani Perak (PEMACU-TANI) Tanaman Nanas- seluas 143 ekar untuk 80 orang usahawan agrotani 5. Program Pembangunan Usahawan PPPNP (Pinjaman Kewangan Tanpa Faedah dan Geran) - melalui 170 orang usahawan agrotani dalam bidang penternakan, perikanan, pertanian dan komersial asas tani 6. Usahawan Korban Perdana Perak- Program Skim Berbentuk Ternakan Lembu Korban secara pawah untuk 68 orang usahawan. 7. Ladang Sejahtera Sg. Rui (KPLB-PPPNP) - Program tanaman Nangka Madu dan pertanian secara integrasi dengan kerjasama KPLB di kawasan seluas 200 hektar dengan sasaran wujudkan 50 peluang pekerjaan 8. Taman Herba - Pembangunan semula Taman Herba Perak dengan cadangan urban farming secara fertigasi dan Vertical Garden, restoran berkonsep Farm to Fork, agro pelancongan, pusat pengumpulan hasil herba dan rekreasi pertanian. Sasaran sehingga 150 peluang pekerjaan 9. Usahawan Agroprihatin (peraih/pemborong) - Melahirkan usahawan pemborong/peraih domestik untuk membeli hasil pertanian petani. Sasaran mewujudkan sekurangnya 5 usahawan di setiap daerah. 60 peluang keusahawanan. Peluang keusahawanan ini terbuka kepada rakyat di negeri Perak yang berumur di antara 18 hingga 50 tahun, mempunyai minat dalam bidang pertanian, sama ada telah atau belum mempunyai usaha pertanian. Untuk maklumat lanjut berkenaan peluang-peluang ini boleh layari Facebook dan laman sesawang PPPNP untuk hebahan dari semasa ke semasa.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.