LaraMag

collapse
Home / SUKAN / Perak FC tidak berhutang dengan pemain, pekerja atau jurulatih

Perak FC tidak berhutang dengan pemain, pekerja atau jurulatih

Jun 27, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari PERAK FC melalui kenyataannya malam tadi menegaskan bahawa pihaknya tidak berhutang sebarang bayaran dengan mana-mana pekerja, pemain atau jurulatih sehingga kini. Kenyataan tersebut dibuat susulan sidang media yang diadakan oleh bekas Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim berhubung dakwaan pemecatannya secara tidak adil di Jabatan Perhubungan Perusahaan pagi tadi. Kenyataan itu turut menyebut, seperti yang diumumkan sebelum ini, Perak FC ingin menyatakan bahawa Teong Kim sudah dilepaskan sebagai ketua jurulatih. "Perkara ini kini berada di pihak peguam kelab untuk diselesaikan. "Perak FC tidak akan mengulas lanjut dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Lim dalam segala urusan beliau pada masa hadapan," jelas kenyataan ringkas oleh Perak FC malam tadi. #PerakKini #PerakFC #pecat #KetuaJurulatih #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.