LaraMag

collapse
Home / UMUM / Perak anjur Bazar Ramadan Rahmah (BRR) pertama di People's Park Ipoh

Perak anjur Bazar Ramadan Rahmah (BRR) pertama di People's Park Ipoh

Mar 19, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Menjelang Ramadan yang akan disambut pada minggu hadapan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menganjurkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) pertama di Perak bertempat di People's Park, di sini. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini adalah satu inisiatif kepada seluruh masyarakat di Ipoh untuk menikmati juadah berbuka puasa yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Menurutnya, seramai 20 peniaga akan terbabit menjual pelbagai jenis Menu Rahmah di bazar tersebut. "Kerajaan sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat dan terus komited untuk membantu rakyat," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna 2023 Peringkat Negeri Perak di Pasaraya Lotus's Bercham di sini pada Ahad. Hadir sama, Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail. Dalam pada itu, Saarani berkata setakat ini kira-kira 244 244 premis di Perak yang menawarkan Menu Rahmah. "Ini bukan paksaan (jual mengikut harga Menu Rahmah), ini adalah kesediaan peniaga sendiri," jelasnya. Katanya, setakat ini hanya Ipoh sahaja yang akan melaksanakan BRR di Perak. #PerakKini #MenuRahmah #BazarRamadanRahmah #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.