LaraMag

collapse
Home / UMUM / Perak akan jual pasir, batu kepada Pulau Pinang jika ada permintaan

Perak akan jual pasir, batu kepada Pulau Pinang jika ada permintaan

Jun 07, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Kerajaan negeri Perak akan menjual pasir dan batu kepada Pulau Pinang sekiranya terdapat permintaan daripada negeri tersebut. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan permintaan itu jika harga yang ditawarkan berpatutan. "Kalau ada permintaan (pasir dan batu) dengan harga berpatutan (dari Pulau Pinang) dan bagi keuntungan sebagai pendapatan baharu kepada Perak, why not," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas menghadiri majlis akad penyerahan lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu. Sebelum ini media melaporkan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mengisytiharkan tidak akan menjual pasir dan batu kepada negeri Pulau Pinang bagi projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI). Sanusi mendakwa projek berkenaan hanya dilaksanakan untuk kepentingan orang kaya semata-mata kerana rumah yang dibina bakal dijual pada harga tinggi bagi mendapatkan semula modal menambak pulau tersebut. #PerakKini #pasir #batu #KerajaanPerak #KerajaanPulauPinang #TambakanLautSelatanPulauPinang #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.