LaraMag

collapse
Home / MASYARAKAT / PENUNTUT PJJ UUM ANJUR PROGRAM HYBRID HUBUNGAN DIALISIS DAN KESEDARAN

PENUNTUT PJJ UUM ANJUR PROGRAM HYBRID HUBUNGAN DIALISIS DAN KESEDARAN

Apr 20, 2025  Mohd Azizi Abdul Latif  2 views
IPOH -Penuntut PJJ Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melaksanakan Program Hybrid Hubungan Dialisis dan Kesedaran: Ginjal Sihat, Hidup Bermakna (HHDK:GSHB) anjuran Penuntut Pendidikan Jarak Jauh, UUM.   Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Prof Madya Dr Herman Shah Anuar bertempat di Sektor Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Perak pada petang semalam.   Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Program HHDK : GSHB, Melvin Dass serta Pengasas Pusat Dialisis Renal Care Service @ Pusat Dialisis Nur Kasih, Datuk Dr Nizam Abdullah dan penuntut PJJ, UUM.   Herman Shah berkata, penganjuran program tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesihatan terutamanya ginjal.   " Kami cukup bertuah kerana mendapat kerjasama penuh dari Pengasas Pusat Dialisis Renal Care Service (PDRCS) bagi melancarkan keseluruhan program.   " Program ini turut melibatkan penuntut separuh masa dari 7 pusat pembelajaran iaitu Ipoh, Kuantan, Melaka, Kuching, Sibu, Miri dan Kota Kinabalu," ujar beliau kepada Perak Kini.   Herman menambah, disamping itu mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM2500 untuk disalurkan kepada PDRCS.   Ini adalah usaha menyokong PDRCS membantu golongan yang memerlukan rawatan dialisis yang berterusan.   Program tersebut turut diisi dengan ilmu perubatan daripada Pensyarah Kanan, Kolej Perubatan UniKL, Dr Kogila Supramaniam selaku penceramah jemputan.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.