LaraMag

collapse
Home / UMUM / Penulis blog direman bantu siasatan kes rasuah projek RM41 juta

Penulis blog direman bantu siasatan kes rasuah projek RM41 juta

May 12, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penulis blog semalam bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek bernilai kira-kira RM41 juta di sebuah kementerian. Lelaki berumur awal 60-an itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini semalam, dan dia dipercayai menerima rasuah kira-kira RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) sekitar tahun 2020. Menurut sumber SPRM, ia dipercayai sebagai dorongan kepadanya melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan. Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman selama dua hari terhadap penulis blog berkenaan setelah SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (ASPRM 2009). - BERNAMA          

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.