LaraMag

collapse
Home / UMUM / Penjawat awam terima gaji, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 14 April - PM

Penjawat awam terima gaji, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 14 April - PM

Apr 10, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Penjawat awam akan menerima bayaran gaji April dan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) selewat-lewatnya 14 April ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, kerajaan telah memutuskan bayaran BKKA kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pegawai atau kakitangan lantikan kontrak, akan dibuat bersama dengan bayaran emolumen bulan April dan diawalkan ke 14 April daripada 17 April termasuk bayaran BKKA untuk pesara turut diawalkan pada tarikh yang sama. "Maka, mengambil pendekatan yang sama bagi membantu rakyat membuat persiapan menyambut Aidilfitri, kerajaan memutuskan agar BKKA juga diawalkan pada minggu ini, iaitu selewat-lewatnya 14 April (Jumaat). "Ini akan manfaat hampir sejuta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform (Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis)," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Sumbangan Rahmah di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Bandar Meru Raya pada Isnin.  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.