LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Pengurus, guru taska ditahan bantu siasatan kes dera lima kanak-kanak

Pengurus, guru taska ditahan bantu siasatan kes dera lima kanak-kanak

Jul 10, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH – Polis menahan tiga wanita membabitkan pengurus dan guru taska bagi membantu kes dera lima kanak-kanak berusia satu dan dua tahun di sebuah taska di Taman Meru Perdana 2, di sini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata ketiga-tiga wanita berusia antara 26 hingga 51 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu. Menurutnya, ketiga-tiga suspek direman selama 10 hari mulai Sabtu lalu sehingga 17 Julai ini untuk siasatan lanjut. Katanya, siasatan kes itu dilakukan mengikut Sekysen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu menganiayai kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. “Pada 6 Julai lalu, kita menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berumur 31 tahun menyatakan anak perempuannya yang berusia dua tahun didapati mengalami kecederaan di bahagian lengan kiri sewaktu diambil dari sebuah taska di Taman Meru Perdana 2. “Pengadu mengesyaki kecederaan anaknya adalah akibat didera oleh guru di taska tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya menerima lima laporan polis daripada ibu bapa, membabitkan lima orang mangsa iaitu kanak-kanak berumur satu hingga dua tahun yang dijaga di taska tersebut. “Pihak siasatan sedang melengkapkan siasatan kes ini dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” jelasnya. #PerakKini #PDRM #dera #taska #reman #pengurus #guru #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.