LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Penghantar makanan mengaku tidak bersalah, rogol remaja bawah umur

Penghantar makanan mengaku tidak bersalah, rogol remaja bawah umur

Jul 28, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Seorang penghantar makanan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, kira-kira dua minggu lalu. Tertuduh, Afiq Yan Muhammad Farid Yan, 20, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di  hadapan Hakim Norita Mohd Ardani. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah hotel di bandaraya ini, sekitar pukul 12.30 tengah malam pada 16 Julai 2022. Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Norita membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa. Mahkamah menetapkan 9 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam Mahajoth Singh. Media sebelum ini melaporkan, polis menahan enam lelaki termasuk remaja selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan dalam kejadian di Ipoh. Kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar Ipoh selepas ibu mangsa membuat laporan polis. #PerakKini #rogol #bawahumur #Ipoh    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.