LaraMag

collapse
Home / UMUM / Pengambilan pasir di Pantai Pasir Panjang masih berlaku, pendaratan penyu terancam - NGO

Pengambilan pasir di Pantai Pasir Panjang masih berlaku, pendaratan penyu terancam - NGO

Sep 04, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views

MANJUNG - Aktiviti pengambilan pasir di Pantai Pasir Panjang, Segari dekat sini masih berlaku sekali gus menjejaskan pendaratan penyu di kawasan itu walaupun pelbagai memorandum bantahan telah dikemukakan pihak berwajib.

Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata pemerhatian pihaknya mendapati aktiviti itu membimbangkan kerana membabitkan Kawasan Sensitid Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS Tahap 1) dan boleh menjejaskan Eko sistem pendaratan penyu utama di negeri Perak. Beliau mendakwa pemerhatian bersama Persatuan Aktivis   Sahabat Alam Malaysia (KUASA) dan Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS) mendapati pengambilan pasir masih berterusan malah Difahamkan sebuah kawasan baharu telah diteroka bagi membawa keluar pasir melalui jalan laut, walaupun ia pernah dihentikan pada Januari lepas. "Warta Kerajaan Negeri menyatakan Lot 18435 adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Tanjung Hantu yang diklasifikasikan sebagai Hutan Simpanan Dara (VJR). Perkara ini mendapat liputan meluas dalam media, malah Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengarahkan kerja mengorek diberhentikan serta merta tetapi mengapa masih berlaku malah tiada papan tanda kelulusan di tapak, "katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Taman Eko Rimba dekat sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha KUASA Ismady Radzuan dan Presiden GRASS Mohd Yusaimi Md Yusof. - BERNAMA  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.