Oleh Rosdalilah Zahari
ULU KINTA - Penduduk Kampung Orang Asli Chadak di sini, teruja apabila dapat menunaikan ibadah korban selepas tidak dapat melakukannya akibat pandemik Covid-19.
Tinjauan Perak Kini mendapati penduduk terutamanya kanak-kanak Orang Asli antara yang paling awal berkumpul di lokasi untuk melihat aktiviti tersebut.
Seekor lembu seberat 400 kilogram yang disedekahkan Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman dikorbankan untuk diagihkan kepada 100 keluarga di kampung berkenaan.
Penyembelihan lembu itu disempurnakan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM Perak , Asirullah Abdul Latif.
Ketua Pemuda Cawangan Kampung Chadak, Tahir Serin berkata aktiviti korban ini dilakukan secara bergotong-royong dengan penduduk kampung.
"Saya bersama-sama penduduk dan ahli jawatankuasa JPKOA (Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli) melaksanakan ibadah korban ini.
"Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mazlan yang tidak pernah lupa kepada kami pada setiap perayaan Aidiladha," katanya.
[caption id="attachment_2405" align="aligncenter" width="300"]
Mazlan (tiga kiri) mengagihkan daging lembu kepada penduduk Kampung Orang Asli Chadak pada Isnin.[/caption]
Imam Kampung Chadak, Yasin Pandak pula bersyukur kerana ibadah korban pada hari ini dapat dilaksanakan dengan baik.
"Saya berharap agar ALLAH SWT menerima ibadat korban dan sumbangan daging korban yang diberikan kepada penduduk kampung ini," ujarnya.
Sementara itu, Mazlan berharap akan meneruskan dalam memberi sumbangan lembu kepada kampung tersebut pada Hari Raya Aidiladha pada masa hadapan.
"Semoga pelaksanaan ibadat korban yang dilakukan pada hari ini mendapat keredaan ALLAH SWT sekali gus menanamkan rasa kasih sayang antara pihak yang berkorban dengan masyarakat yang menerima pemberian daging korban itu," katanya.
#PerakKini #korban #OrangAsli #KampungChadak #UluKinta #Ipoh #Perak