LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Penarik kereta, peniaga online yang juga suami isteri antara yang ditahan edar dadah

Penarik kereta, peniaga online yang juga suami isteri antara yang ditahan edar dadah

Jun 05, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH – Sepasang suami isteri antara tiga yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah pada dua serbuan berasingan di Sitiawan dan Kampar, dekat sini semalam. Dalam serbuan pertama, seorang penarik kereta dan peniaga 'online' yang juga pasangan suami isteri berusia 28 dan 29 tahun ditahan di rumah mereka di Sitiawan kira-kira jam 12.05 tengah malam. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil pemeriksaan menemui dadah jenis heroin seberat lebih tujuh kilogram (kg) dan ganja 3.058 kg dengan anggaran nilai keseluruhan RM64,570. "Hasil siasatan mendapati pasangan terbabit aktif dalam pengedaran dadah sejak awal tahun ini. "Turut dirampas dalam serbuan berbabit, peralatan untuk membungkus dadah serta menyita sebuah kenderaan, tujuh utas rantai emas, enam cincin, empat pasang anting-anting dan sebentuk subang hidung bernilai RM 72,332.60. "Ujian saringan air kencing mendapati pasangan terbabit negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Sementara itu, dalam serbuan kedua, Mohd Yusri berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di sebuah rumah di Desa Lawan Kuda, Kampar pada jam 12.30 tengah malam. Katanya, dalam serbuan itu pihaknya menemui serbuk ekstasi seberat 2.7 kg, kafen (1.67 kg), methamphetamine (22 gram (g), heroin (21 g), 15 biji pil erimin 5 dan 11 biji pil ekstasi berjumlah RM38,792. Beliau berkata, suspek terbabit positif dadah dan mempunyai 18 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah serta jenayah. "Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 10 Jun ini," jelasnya. #PerakKini #PDRM #dadah #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.