Oleh Intan Efazila Md Yusop
SLIM RIVER: Setelah 30 tahun menunggu, akhirnya penduduk Kampung Baba Kala menikmati kemudahan lampu jalan yang dipasang dari simpang masuk hingga ke kawasan perumahan ,dekat sini.
Difahamkan, wakil penduduk sebelum ini telah membuat permohonan lampu jalan sejak tahun 1990 namun hari ini barulah impian mereka untuk memastikan keselamatan penduduk menggunakan jalan itu terutama pada waktu malam tercapai.
[caption id="attachment_929" align="aligncenter" width="300"]
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim ,Mohd Zaidi Aziz (depan) melakukan simulasi secara simbolik pemasangan lampu jalan yang dibina oleh Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) bagi kemudahan penduduk Kampung Baba Kala,dekat sini.[/caption]
Inisiatif Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyebabkan penduduk kini menarik nafas legal apabila masalah yang mereka alami sejak berpuluh tahun selesai.
Penduduk K.Murugan, 52, berkata sudah sekian lama penduduk menunggu kemudahan lampu jalan dari simpang masuk ke kampung sehingga ke kawasan perumahan .
Katanya, ketiadaan lampu jalan sebelum ini kadangkala penduduk berasa bimbang tentang keselamatan ketika melalui jalan itu pada waktu malam terutama musim hujan.
" Kini penduduk berasa lega dan gembira serta tidak perlu takut dan bimbang bagi menjalani kehidupan seharian.
" Kami berterima kasih kepada pihak MDTM yang merealisasikan impian penduduk di sini dan langkah MDTM ini menunjukkan sikap perihatin dalam menyediakan kemudahan yang selesa kepada penduduk ," katanya ketika ditemui, dekat sini.
Majlis pemasangan lampu jalan secara simbolik disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd Zaidi Aziz disaksikan oleh Yang Di Pertua (YDP) Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) Faizal Nizam Md Nor di hadapan penduduk kampung terbabit.
Sementara itu, Faizal Nizam berkata pihak MDTM mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan penduduk yang menggunakan jalan ini terutama pada waktu malam tterjamin
Beliau berkata pihak MDTM berterima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang meluluskan permohonan pemasangan lampu terbabit yang sebelum ini usahakan oleh bekas ADUN Slim, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Katanya, dengan kemudahan lampu jalan yang disediakan ini diharapkan mampu memberi keselesaan kepada penduduk yang menggunakan jalan ini setiap hari.
" Kemudahan yang disediakan ini menunjukkan bahawa pihak MDTM sentiasa perihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk di kawasan ini.
" Di samping itu, kemudahan yang disediakan ini perlu dijaga dan elakkan daripada gejala vandalisme serta laporkan kepada pihak terbabit jika berlaku kerosakan," katanya.