LaraMag

collapse
Home / POLITIK / Pembahagian kerusi PRN: BN tak ketepi komponen lain

Pembahagian kerusi PRN: BN tak ketepi komponen lain

Apr 30, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
IPOH - Tiada mana-mana parti gabungan Barisan Nasional (BN) diketepikan dalam soal pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sebarang perbincangan pembahagian kerusi adalah atas persetujuan bersama parti komponen BN. “Semangat BN tetap kekal, sebarang perundingan membabitkan kerusi akan dibincang bersama-sama. “Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) semalam juga mengambil ketetapan, ia akan dibincang baik dengan gabungan BN atau PH (Pakatan Harapan),” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Dr Aziz Bari. Terdahulu, media melaporkan Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng berkata perbincangan rundingan kerusi antara kedua-dua gabungan itu harus merangkumi semua parti komponen. – BERNAMA

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.