LaraMag

collapse
Home / UMUM / Pemandu pacuan empat roda maut selepas dipercayai terlelap, rempuh lori parkir tepi jalan

Pemandu pacuan empat roda maut selepas dipercayai terlelap, rempuh lori parkir tepi jalan

Sep 07, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari TANJUNG MALIM - Seorang maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) dan lori muatan motosikal di Kilometer 383.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Hentian Behrang awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, mangsa maut adalah pemandu 4X4 dikenali Muhamad Azwan Roslan, 29, dari Selangor. Menurutnya, mangsa yang menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama dua lagi lelaki itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. "Polis menerima maklumat berhubung kemalangan itu  pada jam 4.50 pagi tadi. "Setibanya di lokasi kelihatan pemandu 4X4 melanggar tepat bahagian belakang lori muatan 44 motosikal yang diparkir di tepi jalan. "Pelanggaran tersebut menyebabkan pemandu dan penumpang bahagian hadapan berusia 34 tahun tersepit," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Dalam pada itu, Mohd Hasni berkata pemandu maut terbabit maut di lokasi kejadian manakala penumpang bahagian hadapan patah tangan kiri manakala penumpang bahagian belakang, berusia 29 tahun cedera di kepala serta patah tulang rusuk dan kaki kanan. Katanya, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu 4X4 yang terlelap dan melanggar belakang lori berkenaan. "Bedah siasat akan dijalankan selepas ujian Covid-19 dibuat manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Slim River bagi rawatan lanjut," katanya. #PerakKini #PDRM #kemalangan #maut #Behrang #TanjungMalim #Ipoh #RBZ 

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.