LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Pemandu jengkaut maut dihempap batu 10 tan

Pemandu jengkaut maut dihempap batu 10 tan

May 27, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Seorang pemandu jengkaut maut dihempap bongkah batu seberat 10 tan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan letupan kuari di sebuah kawasan kuari di Simpang Pulai, di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kemalangan itu kira-kira jam 4 petang. Menurutnya, dalam kejadian antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu mangsa dipercayai sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan batu di dalam kawasan kuari tersebut. "Ketika menjalankan kerja-kerja tersebut, mangsa dipercayai dihempap batu seberat 10 tan dari ketinggian 25 meter sehingga menyebabkan dia tersepit di dalam kokpit jengkaut itu," katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Beliau berkata mangsa berusia 48 tahun dari Gerik itu berjaya dikeluarkan dari jengkaut tersebut oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 6.45 petang dan kematian mangsa disahkan petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). "Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. #PerakKini #PDRM #JBPM #jengkaut #hempap #batu #maut #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.