LaraMag

collapse
Home / UMUM / Peluang mendapatkan pakej pelancongan murah sempena MATTA Fair pada Sabtu, Ahad ini

Peluang mendapatkan pakej pelancongan murah sempena MATTA Fair pada Sabtu, Ahad ini

Feb 24, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
PAMERAN Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Perak 2023 akan menjadi penganjuran terbesarnya sejak pandemik Covid-19 membabitkan lebih 100 reruai pameran di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), di sini pada Sabtu dan Ahad ini. Pengerusi MATTA Cawangan Perak, Chong Yu Ken memaklumkan pameran yang berlangsung selama dua hari ini akan dibuka kepada pengunjung mulai jam 10 pagi sehingga 9 malam. Menurutnya, pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 pada pameran ini layak untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi pelbagai hadiah menarik seperti baucar, tiket penerbangan dan sebagainya. Sehubungan itu, beliau berkata untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pameran itu orang ramai laman Facebook rasmi iaitu facebook.com/mattaperak. #PerakKini #MATTAFair #Perak #ICC #pakej #pelancongan #murah #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.