LaraMag

collapse
Home / UMUM / NGO serah memorandum bantah ladang hutan Kledang Saiong kepada MB Perak

NGO serah memorandum bantah ladang hutan Kledang Saiong kepada MB Perak

Jul 10, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
  Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Jaringan Menyelamatkan Hutan Kledang Saiong yang membabitkan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Alam Sekitar menghantar memorandum bantahan cadangan projek pembangunan ladang hutan berkeluasan 4,280 hektar di Hutan Simpan Kekal (HSK) Kledang Saiong, Kuala Kangsar di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin. Lima NGO yang membentuk jawatankuasa jaringan tersebut adalah Sahabat Alam Malaysia (SAM), Pertubuhan Sahabat Ekologi Perak (PSEP), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Pemerhati Lembah Kinta dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Memorandum itu diserahkan wakil gabungan NGO terbabit kepada Pegawai Khas Pejabat Menteri Besar Perak, Rahim Nawawi pagi tadi. Jurucakap gabungan NGO tersebut, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata jawatan kuasa itu ditubuhkan bagi mengkaji impak projek ladang hutan tersebut. Menurutnya, selepas meneliti laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) oleh syarikat berkaitan terdapat beberapa isu yang menyebabkan pihaknya membantah projek berkenaan. "Pada penilaian kami, kajian EIA tidak profesional, sangat berpihak kepada pemaju dan memperkecilkan kesan negatif kepada alam sekitar dan masyarakat setempat," dakwanya. Beliau turut mendakwa sesi pendengaran awam (public hearing) bagi projek tersebut masih belum dibuat sehingga kini. "Kami masih ingat lagi yang Menteri Besar Perak katakan yang sesi pendengaran awam bagi projek ini akan diadakan dan setakat ini tiada sesi pendengaran awam sedemikian. "Jadi kita minta kerajaan, sama ada kerajaan negeri mahupun Persekutuan tolak laporan EIA projek itu," dakwanya lagi. Pada April lalu, gabungan NGO terbabit menghantar surat kritikan berhubung projek tersebut kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklkm, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad Sebelum itu, pada Februari lalu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah disembah maklum berhubung isu projek pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Kledang Saiong, Kuala Kangsar. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, menerusi sembah maklum kepada baginda, pihaknya menjelaskan pelaksanaan pembangunan ladang hutan di kawasan tersebut mengikut peraturan ditetapkan. #PerakKini #KledangSaiong #projekladanghutan #NGO #bantah  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.