LaraMag

collapse
Home / UMUM / NGO gesa polis siasat video tular dakwa 'orang kanan' PM ganggu tugas polis, sentuh sensitiviti agama

NGO gesa polis siasat video tular dakwa 'orang kanan' PM ganggu tugas polis, sentuh sensitiviti agama

Aug 18, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Pertubuhan Kebajikan Amal Yaqin Bersaudara (PAYKB) menggesa pihak polis supaya menyiasat satu video tular yang didakwa menyentuh sensitiviti agama serta mengaitkan polis dan 'orang kanan' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Komunikasi PAYKB, Mohd Amir Ikram Kamaruddin berkata video berdurasi satu minit 42 saat itu tersebar di media sosial terutamanya di aplikasi WhatsApp sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu sehingga ke hari ini. Menurutnya, tindakan individu yang menyebarkan video itu boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian masyarakat terutamanya di kawasan Parlimen Tambun. "Kandungan dalam video itu mendakwa ada seorang individu yang menggunakan jawatan sebagai Pegawai Khas Kanan Perdana Menteri telah menekan polis untuk meluluskan permit bagi satu perarakan upacara keagamaan di jalan utama Klebang yang disyaki berlaku pada April lalu. "Walaupun pada awalnya, polis telah memberi permit supaya menggunakan jalan alternatif untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan menjaga sensitiviti semua pihak," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, pada Jumaat. Dalam pada itu, Mohd Amir meminta polis untuk menyiasat perkara tersebut dan sekiranya benar, tindakan tegas perlu diambil terhadap individu terbabit kerana menganggu tugas polis. "Pada masa yang sama, kami minta jasa baik Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun supaya memastikan perkara sama tidak berulang bagi menjaga keharmonian penduduk di Tambun," katanya. #PerakKini #PDRM #laporanpolis #IPDIpoh #PAYKB #RBZ    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.