LaraMag

collapse
Home / UMUM / Nelayan British terperangkap di Pulau Lalang diselamatkan APMM

Nelayan British terperangkap di Pulau Lalang diselamatkan APMM

May 30, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
MELAKA — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan seorang nelayan warga Britain yang terkandas di Pulau Lalang di sini semalam. Pengarah APMM Melaka dan Negeri Sembilan Kapten Marin Iskandar Ishak berkata, mangsa Russell Walter Boyd, 40, yang tinggal di Bangsar, Kuala Lumpur, ditemui selamat dan tidak cedera selepas menghabiskan masa kira-kira tiga jam Iskandar berkata, sebelum kejadian, mangsa pergi memancing seorang diri di pulau berkenaan sebelum bot getahnya dihanyutkan arus kerana tidak terikat. “Kami menerima makluman daripada Pusat Kecil Penyelamat Marin (MRSC) Johor Bahru melalui MERS 999 pada jam 2.30 pagi semalam sebelum penempatan Bot Kilat 19 yang berhampiran untuk menyelamatkan mangsa. “Lelaki itu kemudian dibawa ke Marina Marina untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menasihatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang maklumat atau kecemasan kepada Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 atau MERS 999 untuk mendapatkan bantuan. - BERNAMA  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.