LaraMag

collapse
Home / UMUM / Murid tahun 3 cedera ditimpa tangki pam tandas

Murid tahun 3 cedera ditimpa tangki pam tandas

Jul 20, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH - Seorang murid tahun tiga cedera selepas ditimpa tangki pam tandas diperbuat daripada seramik tercabut dalam insiden yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan pada Selasa lalu. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata insiden itu berlaku ketika murid perempuan terbabit menggunakan tandas. Bagaimanapun, beliau memaklumkan murid terbabit yang menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.