LaraMag

collapse
Home / UMUM / Mujahid calon tunggal dipilih jadi Senator pada hari akhir Sidang DUN Perak

Mujahid calon tunggal dipilih jadi Senator pada hari akhir Sidang DUN Perak

May 25, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Mesyuarat Ketiga Tahun Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 yang bermula Isnin lalu melabuhkan tirainya hari ini selepas empat kohari persidangan itu berlangsung di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Pada hari terakhir ini, DUN Perak memilih Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebagai Ahli Dewan Negara. Pemilihan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) itu diusulkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan disokong Sandrea Ng Shy Ching (PH-Teja). Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kemudian mengumumkan pemilihan Mujahid yang menjadi satu-satunya calon dipilih untuk menjadi Senator berbanding dua orang pada persidangan terdahulu. Dalam perkembangan berkaitan, seramai 58 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hadir sepanjang empat hari Sidang DUN berlangsung kecuali ADUN Kepayang, Nga Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan kerana berada di Jepun. Dua usul iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Hotel Perak 2023 dan RUU Enakmen Perladangan Unggas 2023 diluluskan. Selain itu, usul Meminda Perenggan (b) Fasal (1) Perkara (38) XXXVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia turut diluluskan pada persidangan itu. #PerakKini #SidangDunPerak #selesai #senator #Mujahid #RBZ    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.