LaraMag

collapse
Home / POLITIK / MUDA tawar 'Kertas Hitam' untuk rakyat Malaysia

MUDA tawar 'Kertas Hitam' untuk rakyat Malaysia

Oct 25, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memperkenalkan Kertas Hitam Muda kepada rakyat melalui hantaran di Facebooknya semalam. Menurutnya, Kertas Hitam itu bersandarkan kepada suara rakyat Malaysia yang merangkumi falsafah serta panduan dasar untuk rujukan Muda. Katanya Muda telah menggerakkan ahlinya di seluruh Malaysia untuk bertemu rakyat di seluruh negara pada Julai lalu. "Satu soalan yang kami bawa untuk rakyat Malaysia adalah 'Apa yang kamu mahu untuk Malaysia Maju' ?” "Antara maklumbalas yang diterima adalah oendidikan, ekonomi sejahtera, pertanian moden, peluang kerja, seni tanah air, kebebasan untuk mengejar cita-cita, hak ibu dan kanak-kanak, tuntutan untuk gaji yang lebih tinggi dan macam-macam lagi," katanya. Beliau berkata melalui respon yang diterima, Muda menyiapkan Kertas Hitam dan rakyat Malaysia boleh membaca serta menilainya sendiri di https://muda.my/pru15/kertashitam/ #PerakKini #MUDA #KertasHitam #PRU15

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.