LaraMag

collapse
Home / POLITIK / Muda Perak gesa Tajuddin diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Muda Perak gesa Tajuddin diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Jul 21, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Perak mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sanggup menggunakan kata-kata kesat dan lucah sekaligus merendah-rendahkan martabat wanita ketika sesi perbahasan (RUU) Anti Gangguan Seksual di parlimen semalam. Pengerusinya, Mutalib Uthman (gambar) berkata Tajuddin perlu diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk diambil tindakan tegas. "Muda Perak juga ingin mengajak masyarakat untuk menolak gaya politik tua yang jumud seperti ini. "Kita tunjukkan kepada Tajuddin bahawa orang Perak khususnya Pasir Salak tidak gentar menolak pendekatan melampau seperti kejadian menghina dan melemparkan kata-kata lucah dalam sesi perbahasan di dewan yang mulia semalam," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis. Beliau berkata, rakyat khususnya pengundi di Parlimen Pasir Salak harus jelas bahawa kata-kata kesat dan lucah daripada ahli parlimen mereka itu sebenarnya juga adalah cerminan sikap dan peribadi beliau yang sebenar. "Keangkuhan ini mungkin disebabkan kerana beliau merasakan orang Pasir Salak sentiasa akan menyokongnya meskipun bersikap biadap seperti kejadian semalam. "Sehubungan itu, saya minta kepada masyarakat khususnya di Pasir Salak untuk berani mara ke hadapan bersama Muda Perak dan bagi untuk situasi politik yang lebih baik pada masa hadapan," jelasnya. Kelmarin, ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual, Nie Ching mendakwa sekurang-kurangnya ada tiga Ahli Parlimen iaitu Kinabatangan, Pasir Salak dan Baling sering membuat kenyataan berbaur seksis kepada wakil rakyat wanita dalam Dewan Rakyat. #PerakKini #MudaPerak #bantah #AhliParlimen #PasirSalak #Ipoh  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.