LaraMag

collapse
Home / UMUM / MUALAF KENA STROK PERLU BANTUAN

MUALAF KENA STROK PERLU BANTUAN

Oct 26, 2020  Admin Perak Kini  1,435 views
Oleh Intan Efazila Md Yusop Slim River: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapi oleh pekerja restoran, Rosmah Asmuni,48, dalam menghadapi liku-liku kehidupan bersama suaminya yang terlantar akibat penyakit strok bersama empat orang anaknya, dekat sini. Rosmah yang juga warga Indonesia berkata suaminya, Kamarudin Abdullah berumur 49 tahun adalah seorang muallaf dan terlantar sakit sejak empat bulan yang lalu menyebabkan beliau terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga. Katanya, hasil perkahwinan dengan Kamarudin, beliau dikurniakan dua orang anak iaitu, Nor Hafifa berusia lapan tahun dan Nor Umaira berumur enam tahun. Manakala, anak hasil perkahwinan dengan suami terdahulu pula iaitu Agusputra Sidek, 14, dan Puteri Wulan Dari, 11, juga tinggal bersama beliau menyebabkan beliau kini menanggung menyara empat orang anak. " Bukanya mudah untuk menyara empat orang anak dalam keadaan suami yang sedang terlantar sakit dan sebelum ini, ketika berkerja anak sulung saya, Agusputra yang membantu menjaga ayahnya menyebabkan kira-kira sebulan anak saya tidak dapat bersekolah. " Kini, saya sudah dapat kerja sebagai tukang masak berdekatan dengan rumah dan kebetulan majikan restoran perihatin dengan saya menyebabkan anak sulung saya akan kembali bersekolah," katanya. Beliau berkata demekian ketika lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz ke rumahnya dekat Kampung Manggis. Sempena lawatan itu, Mohd Zaidi turut menyampaikan bantuan makanan keperluan asas dan wang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Rosmah sekeluarga. [caption id="attachment_924" align="alignright" width="300"] Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Slim ,Mohd Zaidi Aziz ( kanan sekali) bersama Rosmah Asmuni ( kiri sekali) dan empat orang anaknya serta suaminya, Kamarudin Abdullah yang kini sakit terlantar akibat penyakit strok di Kampung Manggis, dekat sini.[/caption] Lebih mengharukan lagi, apabila dua orang anaknya, Nor Hafifa dan Nor Umaira yang sepatutnya bersekolah namun kini masih belum bersekolah setelah perkahwinannya dengan Kamarudin di Tanjung Karang itu tidak mendapat surat nikah untuk membolehkan beliau membuat surat beranak. Malah, anak perempuan, Puteri Wulan Dari, iaitu hasil perkahwinan dengan suami terdahulu juga sepatutnya bersekolah di Tahun Lima sekarang turut tidak bersekolah kerana tidak mempunyai surat beranak. " Sebagai ibu yang melahirkan mereka memang berasa sedih apabila tidak dapat menyekolahkan tiga anak perempuan ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan menimpa mereka bertiga. " Saya hanya mampu menangis di dalam hati kerana tidak mahu anak melihat saya bersedih dalam menghadapi ujian Tuhan ini dan berharap ada pihak yang tampil bantu saya dan keluarga ini," katanya. Katanya, sekarang ini beliau menerima bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 300 sebulan dan bekerja dengan gaji harian bagi menampung keperluan keluarga. Beliau berkata dengan wang bantuan JKM dan kerja sebagai tukang masak, beliau akan membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan dan menjaga suaminya serta keperluan keluarga. Sementara itu, Mohd Zaidi berkata pihaknya telah memaklumkan masalah berhubung tiga kanak-kanak yang tidak bersekolah ini kepada Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon untuk mengambil tindakan selanjutnya. Selain itu, beliau juga telah memaklumkan kepada pihak Baitulmal turun padang melihat dan membantu mengurangkan beban ahli keluarga ini dalam mengharungi kehidupan.  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.