TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) membuka semula Kaunter Bayaran Bersepadu di Aras Bumi, Wisma Perbandaran Taiping serta merta kepada orang awam pada hari Isnin hingga hari Khamis bermula 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari & pada hari Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari. Namun, MPT mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat iaitu:
- Hanya pengunjung yang lengkap menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 dibenarkan memasuki bangunan MPT;
- Pengunjung perlu menunjukkan Sijil Vaksinasi Digital COVID-19 di kaunter pengawal;dan
- Pengunjung perlu mematuhi SOP yang sedia ada iaitu memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu badan dan mendaftar sebagai pelawat melalui aplikasi MySejahtera.
- Laman sesawang https://ebayar.mptaiping.gov.my;
- Aplikasi mudah alih, myMPT;
- Aplikasi mudah alih, Park@perak; dan