LaraMag

collapse
Home / UMUM / Medan selera baharu dekat Padang Polo dijangka siap November ini

Medan selera baharu dekat Padang Polo dijangka siap November ini

Aug 30, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Projek pembangunan medan selera baharu yang sedang dijalankan berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau dikenali Padang Polo dijangka siap sepenuhnya November ini. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata setakat ini projek tersebut sudah 50 peratus siap dan kerja-kerja pembinaan masih dijalankan. Menurutnya, medan selera tersebut dibangunkan bagi menempatkan penjaja gerai dan trak makanan (food truck) yang kini menjalankan perniagaan di kawasan parkir taman rekreasi berkenaan. Menurutnya, kawasan medan selera yang akan beroperasi sepenuhnya mulai Disember ini, dibahagikan kepada dua bahagian iaitu gerai dan trak makanan. #PerakKini #MBI #medanselera #PadangPolo #DPolo #Ipoh #RBZ      

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.