LaraMag

collapse
Home / UMUM / MCA BANTU PESAKIT STROK BUKA AKAUN BSN

MCA BANTU PESAKIT STROK BUKA AKAUN BSN

Jun 27, 2020  Admin Perak Kini  1,591 views
Oleh Intan Efazila Md Yusop BIDOR: Hasrat warga emas yang juga pesakit strok untuk membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional (BSN) tercapai dengan bantuan Skuad Amal Kebajikan dan Sayang, Sukarelawan MCA, petang tadi, dekat sini. Chong Poh Sum, 67, yang tidak bertutur Bahasa Malaysia perlu membuka akaun bank bagi memudahkan urusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan kewangan bulanan. Menyedari kesulitan yang dialami oleh Sum menyebabkan Sukarelawan MCA yang diketuai, Wong Wing Yew bersama dua rakannya terus ke rumah Sum di Kampung Baru yang terletak di belakang pasar pekan itu. Yew berkata sebelum ini agak sukar Sum yang mempunyai penyakit strok untuk pergi seorang diri ke bank untuk membuka buku akaun simpanan. Katanya, setelah menerima maklumat tentang kesukaran yang dialami Sum, beliau bersama rakan terus mengunjungi rumah Sum untuk membantu meringankan hidup beliau itu. " Tiba di bank kami berbincang dengan kakitangan dan pengurus bank terbabit dan mereka bersetuju untuk mempercepatkan proses membuka akaun dengan segera untuk membantu Sum . " Keperihatinan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak bank amatlah kami hargai kerana memudahkan urusan kami untuk membantu Sum itu," katanya ketika dihubungi, dekat sini. Beliau berkata sepanjang perjalanan menghantar pulang, Sum berulangkali mengucapkan terima kasih kepada mereka dan pihak bank cawangan Bidor itu. Katanya, walaupun bantuan mereka dan pihak bank nampak kecil tetapi amat besar buat Sum bagi membantu beliau meneruskan kelangsungan hidup.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.