LaraMag

collapse
Home / UMUM / MBI teruskan pemberian tong sampah percuma

MBI teruskan pemberian tong sampah percuma

Aug 14, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meneruskan pemberian tong sampah secara percuma melalui Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah yang telah mula dilaksanakan sejak tahun lalu. Ketua Whip Ahli Majlis MBi, Datuk Mazlan Abd Rahman berkata sebanyak 200 unit tong sampah (120 liter) diagihkan secara percuma kepada penduduk di Taman Bahagia, Tanjung Rambutan pada Ahad. Menurutnya, pemberian tong sampah secara percuma ini akan diberikan secara berperingkat di kawasan-kawasan yang memerlukan sekitar bandar raya ini. "Justeru, penduduk yang menerima tong sampah percuma ini harus menjaga sebaik mungkin serta mendidik anak-anak untuk menggunakannya bagi menjaga kebersihan bermula dari kediaman masing-masing. "Jika amalan menjaga kebersihan ini dapat diteruskan secara tidak langsung dapat membantu merealisasikan hasrat MBI untuk menuju Ipoh Bersih. "Sekaligus dapat mencegah pembuangan sampah haram daripada terus berleluasa," katanya kepada Perak Kini selepas menyerahkan tong sampah berkenaan di Dewan Nur Iman, Taman Bahagia, Tanjung Rambutan di sini. Hadir sama Pengerusi Surau Nur Iman, Ahmad Yusof Tarmuji. #PerakKini #MBI #tongsampah #percuma  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.