LaraMag

collapse
Home / UMUM / MBI terus agih tong sampah percuma, penduduk Taman Klebang Putra terima 1,485 unit

MBI terus agih tong sampah percuma, penduduk Taman Klebang Putra terima 1,485 unit

Feb 25, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisiatif mengagihkan 1,485 unit tong sampah percuma kepada penduduk di Taman Klebang Putra hari ini sempena Program Pembudayaan Amalan Persekitaran Bersih yang telah dilaksanakan sejak April 2021. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata program itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dalam usaha untuk merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia pada tahun 2023. Menurutnya, sehingga kini sebanyak 46,656 tong sampah diedarkan kepada penduduk di bandar raya Ipoh sejak ia mula dilaksanakan sehingga Disember tahun lalu. "Saya difahamkan, MBI sentiasa menjalankan kerja-kerja pembersihan pada waktu siang dan malam. Bagaimanapun, tabiat warga kota perlu diubah agar lebih menghargai tugas yangtelah dijalankan oleh anggota pembersihan MBI. "Anggaplah menjaga kebersihan di bandar raya ini sama seperti kita menjaga rumah sendiri. "Kita mahu rumah kita cantik dan bersih makakita perlu sentiasa menjaganya, maka sudah tentu kalau kita mahukan bandar kita bersih maka jagalah dengan sepenuh hati," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penyerahan Tong Sampah Percuma 2023 dalam Program Pembudayaan Amalan Persekitaran Bersih di Taman Klebang Putra di sini pada Sabtu. Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @Md Daud dan Ahli Majlis MBI, Datuk Azizul Kama Abd Aziz. Justeru, Sandrea berjanji akan bersama-sama pemimpin masyarakat dan penduduk di Ipoh untuk terus menggerakkan aktiviti serta membudayakan penjaga an kebersihan dari semasa ke semasa. #PerakKini #MBI #tongsampah #percuma #TamanKlebangPutra #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.