LaraMag

collapse
Home / AGAMA / MBI terima peruntukan kritikal RM600,000 tangani masalah jalan berlubang

MBI terima peruntukan kritikal RM600,000 tangani masalah jalan berlubang

Feb 25, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima peruntukan kritikal sebanyak RM600,000 daripada kerajaan negeri bagi menangani masalah jalan berlubang (pothole) di sekitar bandar raya Ipoh. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata MBI menerima banyak aduan jalan berlubang dan permukaan jalan rosak pada penghujung tahun lalu  kerana faktor musim hujan yang berterusan. "Susulan itu, MBI memohon peruntukan khas bagi menangani masalah pothole di dalam kawasan bandar raya ini. "Peruntukan kritikal sebanyak RM600,000 diluluskan pihak kerajaan negeri kepada MBI bagi menangani masalah pothole di sekitar kawasan Ipoh," katanya. Beliau ditemui media selepas menghadiri Program Pembudayaan Amalan Persekitaran Bersih dan Pemberian Tong Sampah Percuma kepada penduduk Taman Klebang Putra pada Sabtu. Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching. Dalam perkembangan berkaitan Rumaizi berkata sebanyak 72 lokasi dengan keluasan 18,027.48 meter persegi jalan berjaya diturap merangkumi enam zon di Ipoh sepanjang kerja kritikal ini dilaksanakan. "Antara jalan - jalan terlibat termasuklah Jalan Cetak, Jalan Sungai Pari, Jalan Gerbang Meru Indah, Jalan Gunung Rapat, Jalan Pegoh dan sebahagian jalan - jalan utama lain yang direkod telah mengalami kerosakan. "Peruntukan kritikal ini secara tidak langsung  berjaya menangani sebahagian besar masalah pothole di sekitar Ipoh dan memberi impak besar kepada penduduk di sini," ujarnya. #PerakKini #MBI #pothole #jalanberlubang #RBZ      

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.